Bapa Durjana Belasah Anak Semata-Mata Untuk Paksa Bekas Isteri Kembali
Seorang lelaki sanggup memukul dengan kejam anaknya yang berusia tiga tahun dan memuat naik gambar berkenaan dalam internet, bagi memaksa bekas isterinya kembali ke pangkuannya.
Malah dia sanggup menipu wanita itu bahawa dia sudah membunuh anaknya itu.Wanita itu, Cai Lifen, 20, meninggalkan Zhong Lo, 36, sejak Januari lalu.
Nasib baik budak itu ditemui masih hidup dan berada dalam jangkaan datuknya.Dalam mesej sebelum ini, Zhong merayu Cai supaya kembali ke pangkuannya.
“Aku pukul dia hingga pukul 6 pagi. Matahari sudah terbit…ha ha…belum mati lagi…tak pa, aku berehat sekejab,’’ itu mesej yang dimuat naik bersama gambar budak tersebut dalam laman web Weibo.
Beberapa mesej lain turut dimuat naik sejak Februari bagi merayu Cai kembali sebelum ia disusuli dengan mesej berbaur kemarahan.
Dalam pada itu, saudara mara Cai memberitahu, wanita itu meninggalkan suaminya disebabkan lelaki tersebut mempunyai masalah penagihan dadah dan dia juga sering memukul Cai.
Polis kini memburu lelaki berkenaan atas tuduhan mendera anaknya dan bakal berdepan hukuman berat.
0 Komentar untuk "Bapa Durjana Belasah Anak Semata-Mata Untuk Paksa Bekas Isteri Kembali"