AWAS!! Badan Dipenuhi Dengan Cacing Selepas Makan Sushi Mentah Yang Tercemar
Kepada penggemar sushi, berhati-hati ketika menikmati makanan kegemaran anda ini.
Ini kerana seorang lelaki yang juga penggemar sushi berdepan dengan keadaan menakutkan.
Apa tidaknya, seluruh badannya dipenuhi dengan cacing pita dan parasit yang berpunca daripada sushi yang dimakannya.
Dia tidak menyangka menyangka sakit perut dan badan gatal-gatal yang dialaminya selama ini adalah disebabkan dia makan terlalu banyak sashimi iaitu kepingan ikan mentah yang tercemar dengan parasit.
Jangkitan cacing pita ini berlaku apabila dia menelan lava diphyllobothrium yang boleh ditemui dalam ikan mentah termasuk salmon.
Lelaki itu kini dirawat di Hospital awam di wilayah Guangdong di timur China.
Kejadian itu didedahkan oleh doktor di hospital berkenaan, Dr. Yin di dalam laman web `that’smags.com.
Jelasnya, jika seseorang makan makanan mentah yang tercemar dengan telur cacing pita maka ia boleh menyebabkan cysticercosis.
Ia merupakan penyakit di mana cacing pita itu boleh memasuki salur darah manusia.
Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit mengalami risiko kematian kerana cacing itu boleh memasuki otak.
Kes seumpama itu dikatakan semakin meningkat di negara membangun disebabkan masalah kebersihan.
Jangkitan itu akan mendatangkan bahaya sekiranya ia merebak ke bahagian otak.-mynewshub
0 Komentar untuk "AWAS!! Badan Dipenuhi Dengan Cacing Selepas Makan Sushi Mentah Yang Tercemar"