Kisah Sebenar Punca Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak


Kemalangan berkenaan dikatakan berpunca apabila sebuah treler yang melintang di laluan Lebuhraya Karak. Kemudian, sekumpulan motosikal berkuasa tinggi sedang menuruni bukit beramai-ramai. Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan mereka merempuh sesama sendiri apabila keadaan lebuhraya sesak disebabkan oleh treler terbabit.


Berikut ada laporan mengenai kemalangan tersebut yang dipetik daripada sumber media. Salah seorang daripada penunggang yang menyertai konvoi berkenaan pula adalah rakan kepada ammboi dan dia juga mengesahkan mengenai treler terbabit.

Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis dan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta – Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi dan P.Alza.

Keterangan – 2 buah Superbike telah behenti di lorong tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang dan 2 org lagi penunggang tercampak dan cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry dan Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar manakala P.Exora, P.Alza dan P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.

Butir-butir Mangsa (Si Mati):

Penunggang M/sikal (Rentung) – Nama: Zali bin Khalid
Penunggang M/sikal (Mati) – Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 tahun)



sumber : ammboi
0 Komentar untuk "Kisah Sebenar Punca Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak"

 
Copyright © 2014 media sensasi hot - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info