Antara Yang Menarik Dalam Bajet 2015


Bajet 2015 telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib pada  jam 4.00 petang di parlimen.

Di dalam pembentangan bajet tersebut, Perdana Menteri telah menyatakan bajet 2015 adalah satu bajet yang berorientasikan rakyat malah bajet ini sendiri dinamakan Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR).

Memandangkan pembentangan yang diberikan oleh PM begitu terperinci dan menyeluruh, disini kami bawakan beberapa isi kandungan bajet 2015 yang mungkin dapat menarik perhatian anda.

Kewangan
BR1M dinaikkan dari RM650 kepada RM950 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
Penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 pada Januari 2015
Elaun OKU bekerja dinaikkan drp RM300 kepada RM350
Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Jan tahun depan
Program Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) diteruskan dengan kadar RM250 seorang pelajar dengan peruntukan RM 325 Juta

GST
Pelbagai barangan harian, buah, buku tidak dikenakan GST.
300 unit pertama penggunaan elektrik tidak dikenakan GST
Petrol RON95 dan Diesel tidak dikenakan GST

PTPTN
20% diskaun kepada peminjam PTPTN yang melangsaikan hutang sekaligus bermula hari ini higga 31 Mac 2015.
Rebat 10% dicadangkan untuk peminjam PTPTN yg bayar balik selama 12 bulan berturut-turut hingga akhir 2015

Pembangunan
Beberapa pembinaan lebuh raya yang baru.
Insentif diberikan bagi pembangunan kenderaan elektrik
20 batang tiang lampu elektrik bagi setiap kampung.

Ini adalah sebahagian dari kandungan bajet 2015 yang kami rasa mungkin menarik bagi anda. Jika ada yang anda rasakan menarik tetapi tidak tercatat di dalam artikel ini, anda boleh nyatakan dalam ruangan komen - SiakapKeli.com
0 Komentar untuk "Antara Yang Menarik Dalam Bajet 2015"

 
Copyright © 2014 media sensasi hot - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info