(4 GAMBAR) Kisah Sebenar Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Dilanggar Kereta


Sebelum ini tersebar dakwaan yang tidak benar mengenai seorang budak 2 tahun yang maut kononnya dilangggar ayahnya sendiri.Punca sebenar kematian kanak-kanak 2 tahun ini adalah kerana dilanggar jiran yang tidak sedar kanak-kanak ini berlari dibelakang keretanya ketika sedang mengundurkan kereta.




BACA LAPORAN BERIKUT:- 

BALING – Kegembiraan seorang kanak-kanak berusia dua tahun bermain di halaman rumah ketika menyambut Aidiladha, 5 Oktober lalu bertukar tragedi apabila maut dilanggar sebuah kereta.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan Hamzah Mohd Yusren, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Baling.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku di kawasan persendirian sebuah Maahad Tahfiz di Kampung Sungai Tembak B, di Baling, Kedah.

“Ketika kejadian, seorang guru yang juga jiran keluarga mangsa, sedang mengundurkan keretanya namun tanpa disedari, mangsa secara tiba-tiba berlari di belakang kereta berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak malang terbabit mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Baling,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



sumber
0 Komentar untuk "(4 GAMBAR) Kisah Sebenar Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Dilanggar Kereta"

 
Copyright © 2014 media sensasi hot - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info